Aspek Perpaduan | ABIM gesa kerajaan pantau sentimen politik melampau

2022-12-05 2

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan untuk memperkukuhkan soal perpaduan negara yang kian terhakis akibat bahang politik di negara ini.

Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, budaya politik yang terlalu ekstrem turut mengheret isu perkauman dan agama yang mampu menjejaskan keharmonian negara.